Cuaca


bloguez.com

Followers

Trafikk

Powered by Blogger.

Kepentingan Belajar Komputer (Menarik!)


Tahap pengetahuan komputer kita berbeza mengikut pengalaman iaitu berapa lama kita berkecimpung dalam pernggunaan komputer.Kalau selalu kita guna,maka semakin pandailah kita,semakin berpengetahuan dalam komputer.Contohnya kerani di sekolah,antara tugas utamanya adalah menaip surat.Hari-hari kena taip bermacam-macam jenis surat menggunakan komputerdulu mesin taip jer .Dari sehari ke sehari tahap kelajuan menaip makin menigkat dan kemahiran menggunakan komputer terutamnya Microsoft Word makin bertambah.Jadi pengalaman lebih berharga dalam menentukan kepakaran terutamanya dalam bidang komputer.
Jadi sekarang kita tanya pada diri sendiri.Perlu ke aku belajar komputer?Jawapannnya amat-amat la perlu.Sebab utamanya adalah keperluan semasa dalam dunia sekarang.Apa sahaja tugasan dalam hidup kita mesti ada bersangkutan dengan komputer.
Sekurang-kurangnya kita tahu menaip surat pun dah dikira ok dah.Tahu hantar email dan chatting pun dah kira bagus.Tak perlu la sampai tahap menghacking komputer lain.Tu dah tahap advanced dah .
Fokus utama saya dalam penulisan ini adalah untuk tatapan pelajar.Walaupun kita tak mempunyai komputer sendiri untuk belajar,jangan sama sekali jadikan alasan tidak mahu belajar komputer.Kemudahan di sekolah,pusat pengajian,kolej,institusi pendidikan dah bercambah sekarang.Peluang sudah ada,hanya tunggu kita sahaja menggunakannya.
P/S : Ilmu itu tiada batasan. Asalkan berfaedah dan bermanfaat. Sekurang-kurangnya kita perlu tahu menggunakan komputer. Satu hari anda pasti rugi dan menyesal jika tidah tahu menggunakan komputer.
Sumber: Anjung PC | Koleksi Komputer Melayukini.net

0 comments: