Cuaca


bloguez.com

Followers

Trafikk

Powered by Blogger.

Angry Birds vs Burung marah

Angry Birds vs Burung marah- hehe..same jer kan..



Sebut saja Angry Birds semua budak-budak kenal. Mak bapak pun kenal walau pun sebenarnya ramai yang tak tahu apa tu Angry Birds. Ada yang ingat Angry Birds tu ialah sebuah rancangan kartun..

Angry Birds asalnya ialah permainan smartphone Android sebelum games ini dikongsikan di Internet terutama oleh Google plus. Sebenarnya takde yang hebatnya pun permainan ini cuma mungkin sudah rezeki pencipta games ini, Rovio kerana ia menjadi fenomena.

Di China pula terbukti Angry Birds menjadi kegilaan kerana di telah diadakan permainan Angry Birds di dunia nyata. Namun begitu, permainan ini tidak memiliki lesen rasmi dari pencipta game Rovio.

Burung dan babi yang digunakan dalam permainan ini hanya menggunakan patung yang dibentuk menyerupai keduanya.















Sabar Ada Batasnya...


Sering sekali saya mendengar ucapan “Sabar kan ada batasnya”. Benarkah kita harus membatasi diri dalam bersabar. Apakah kita masih disebut sabar ketika sampai pada batas kesabaran. Saya mencoba untuk memikirkan mengapa ada orang yang membatasi kesabarannya. Bahkan banyak sekali orang yang protes ketika ada yang memintanya bersabar. Seakan sabar adalah hal yang sangat merugikan dirinya. Hal itu terutama terjadi jika ada orang yang berbuat hal-hal yang tidak berkenan dihatinya. Memaafkan. Rasanya hal yang sangat sulit. Padahal Allah menjanjikan surga bagi orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Quran:3:133.Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, 3: 134.(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Bagaimana kita menimbang? Pilih dendam atau surga? Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kita kembali. 

Sering yang terucap dari orang yang tidak mudah untuk memaafkan orang lain adalah “enaknya”. Seakan ia ingin menghukum orang itu dengan hukuman yang berat. Padahal kenyataannya dia menghukum diri sendiri. Marah-marah tanpa bisa melampiaskan. Bahkan kehilangan rasa malu, karena tabiat buruknya itu dilihat oleh banyak orang. Marah hanya akan merugikan diri sendiri. Memang tidak mudah untuk mengendalikan amarah. Tapi jika kita berpikir bisa maka Allah akan memberi petunjuk untuk menuju ke situ.
 Quran:2:153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Saat marah, jika dalam posisi berdiri, maka duduklah, jika dalam posisi duduk berbaringlah, jika tetap saja tidak bisa menahan emosi ambil air wudlu, sholatlah. Jika tetap saja sakit hati, khusyuk dalam sholat. Insya Allah (kecuali jika Allah menghendaki lain) sakit hati pasti akan hilang   Quran:2:58Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam surga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal, 2:59(yaitu) yang bersabar dan bertawakkal kepada Tuhannya. Sudahkah kita hanya berserah diri pada Allah atas segala urusan. Sesungguhnya hanya Dia sebaik-baik pemberi balasan. 

Bersabar bukan hanya dalam menahan amarah. Namun juga dalam menerima segala apa yang terjadi pada diri kita. Bersabar dalam melaksanakan perintah dan larangan Allah. Bersabar dalam perjuangan. Terus menerus memperjuangkan apa yang menjadi kehendak kita dengan diiringi doa, hingga semaksimal mungkin kita lebih dekat dengan apa yang kita inginkan. Termasuk berjuang untuk mengurangi penderitaan dan menuju kepada kesenangan, kebahagiaan.
Bersabarlah dalam mempertahankan kesabaran. Dan beruntunglah orang-orang yang sabar.

Gambar 1001 makne..

layaaann...


so funny..











Nak lagi ke...??
Find out more in

Santapan Rohani

Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah
dapat memadam kemurkaan
Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat
menghilangkan rasa dahaga atau
kehausan pada hari Kiamat. ۞
... Surah Dukha dapat membantu
kita ketika menghadapi ujian
Allah SWT pada hari kiamat. ۞
Surah Al-Waqi’ah dapat
melindungi kita daripada ditimpa
kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-
Mulk dapat meringankan azab di
dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar
dapat merelaikan segala
perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun
dapat menghalang kita daripada
menjadi kafir ketika menghadapi
kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas
dapat melindungi kita daripada
menjadi golongan munafiq.
۞
Surah Al-Falq dapat
menghapuskan perasaan hasad
dengki. ۞ Surah An-Nas dapat
melindungi kita daripada ditimpa
penyakit was-was. Seterusnya,
bagi menangani Syaitan Durjana,
dikatakan juga:- ۞ Ketika anda
membawa AL-QURAN, respon
syaitan ialah biasa saja, tengok
je... ۞ Ketika anda membukanya,
syaitan mula curiga. ۞ Ketika
anda membacanya, syaitan mula
gelisah. ۞ Ketika anda
memahaminya, dia mula
kejang. ۞ Ketika anda
mengamalkan AL-QURAN, dalam
kehidupan setiap hari, dia
stroke.... Teruskan membaca AL-
QURAN dan mengamalkannya
agar syaitan terus stroke. ۞ Ketika
anda ingin menyebarkan pesanan
ini, syaitan pun mencegahnya. ۞
Syaitan kata, 'JANGAN
SEBARKANNYA, KERANA IA
TIDAK PENTING LANGSUNG!'
Sebar-sebarkan info ini Wahai
SaudaraKu~ Jangan kita malas
dan mengalah….insyaAllah ini
mungkin menjadi setitik amal
jariah yang bakal terhimpun
menjadi telaga di akhirat nanti… :)
renung2kn dan selamat
beramal..;-)

Rest kejap..

Setelah sekian lame Nazim di bandar,akhirnyer die pergi jumpe dgn neneknyer di kampung

Nenek:cu,nenek skang dat x sekuat dulu lagi.umo nenek pown dah tua.nenek rse mcm dah x lame jer..nenek nak minta kamu sambung mengerjakan kebun nenek.
Nazim:jgn ckp mcm 2,nek (dlm hati gembira ssgt)

Nazim sgt gmbira sbb dpt mewarisi harta pusaka neneknye

Nenek:sgala isi kebun,ternakan,villa & traktor nnek tinggalkan utk kamu.Tolong jaga baik2 ya,jgn lupa siram tanaman tu setiap hari.
Nazim:baik nek,jgn bmbg ttg hal 2..tp nape Nazim x penah tau ttg hal ni?..kat mane kebun nenek 2?
Nenek:Facebook nenek,game Farmville tu.Nanti nenek bg tau password nenek
Nazim:Farmville??!!


Awal Muharram datang lagi...


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarahIslam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.



PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

* fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin

*fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah

* fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat

* fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

* fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah

* fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri

* fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat

* fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
(lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura ker ana Allah Taala)

9. Bercelak

* fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

* fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat

* fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
(lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat ker ana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali)

12. Membaca

"has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"

* fadhilat - Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk

13. Menjamu orang berbuka puasa

* fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa

Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura ker ana Allah Taala.

* fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Fakta- “Abu mayat Diproses Jadi Manik.



“ PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil)






MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia. Tukar Abu Mayat Orang Tersayang Jadi Manik. INCHEON, Korea Selatan – Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada. Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul. Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar. Tukar Abu Mayat Jadi Manik Dengan Harga RM2,728 Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata. “Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya,” kata II-nam. Manik Abu Mayat Untuk Saudara-Mara Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati. “Manik-manik kami bersih dan tidak berbau,” katanya. Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit. Info : kosmo.com.my : Abu mayat Diproses Jadi Manik.”

from:
http://faktafaktamenarik.com/abu-mayat-diproses-jadi-manik.html#more-496?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&

Tepi..Tepi..This is Emergency

Bila cakap pasal kecemasan, kita bayangkan semuanya perlu diurus dengan CEPAT. kalau bawa kereta sendiri, mestilah dipandu dengan cepat atau LAJU. kalau dengan ambulans, tentulah kita harap ia dipandu lagi laju sebab ambulans takkan kena saman, lagipun kecemasan.

tapi, kalau dilihat dari ambulan dibawah, agak-agak la berapa cepat ambulans tu boleh pecut?



jadi, bersyukurlah anda duduk di negara yang dah membangun seperti Malaysia.

Kepentingan Belajar Komputer (Menarik!)


Tahap pengetahuan komputer kita berbeza mengikut pengalaman iaitu berapa lama kita berkecimpung dalam pernggunaan komputer.Kalau selalu kita guna,maka semakin pandailah kita,semakin berpengetahuan dalam komputer.Contohnya kerani di sekolah,antara tugas utamanya adalah menaip surat.Hari-hari kena taip bermacam-macam jenis surat menggunakan komputerdulu mesin taip jer .Dari sehari ke sehari tahap kelajuan menaip makin menigkat dan kemahiran menggunakan komputer terutamnya Microsoft Word makin bertambah.Jadi pengalaman lebih berharga dalam menentukan kepakaran terutamanya dalam bidang komputer.
Jadi sekarang kita tanya pada diri sendiri.Perlu ke aku belajar komputer?Jawapannnya amat-amat la perlu.Sebab utamanya adalah keperluan semasa dalam dunia sekarang.Apa sahaja tugasan dalam hidup kita mesti ada bersangkutan dengan komputer.
Sekurang-kurangnya kita tahu menaip surat pun dah dikira ok dah.Tahu hantar email dan chatting pun dah kira bagus.Tak perlu la sampai tahap menghacking komputer lain.Tu dah tahap advanced dah .
Fokus utama saya dalam penulisan ini adalah untuk tatapan pelajar.Walaupun kita tak mempunyai komputer sendiri untuk belajar,jangan sama sekali jadikan alasan tidak mahu belajar komputer.Kemudahan di sekolah,pusat pengajian,kolej,institusi pendidikan dah bercambah sekarang.Peluang sudah ada,hanya tunggu kita sahaja menggunakannya.
P/S : Ilmu itu tiada batasan. Asalkan berfaedah dan bermanfaat. Sekurang-kurangnya kita perlu tahu menggunakan komputer. Satu hari anda pasti rugi dan menyesal jika tidah tahu menggunakan komputer.
Sumber: Anjung PC | Koleksi Komputer Melayukini.net

Khasiat Ayat Kursi



Ayat Kursi.jpg
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Maaf

saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tak mengupdatekan blog ni...saye sdg berhadapan dgn exam mid term di ump..